Awak,
sejak akhir-akhir ini ada beberapa persoalan yang bermain di kotak minda saya, yang sering mengganggu minda dan jiwa saya ini...
setiap kali saya cuba untuk melupakannya,
namun persoalan itu tetap bermain di ruang fikiran saya...
Awak,
saya ada buat salah ke?
saya ada buat awak tersinggung ke?
saya ada buat sesuatu yang menyakitkan hati awak ke?
Atauapun.......
Awak sibuk sangat ye...
Awak dah bosan dengan saya ye...
Awak dah jemu dengar celoteh saya ye...
Awak dah tak mahu kawan dengan saya ye...
Awak,
saya faham sangat-sangat awak sibuk dengan kerja-kerja awak..
saya sentiasa sedar siapa diri saya yang kerdil ini..
saya sedar saya tiada apa-apa kaitan dengan awak...
saya sedar saya tiada tempat di hati saya...
Awak,
seandainya awak tidak perlukan saya lagi,ungkapkanlah..
seandainya awak tidak sudi berkawan dengan saya lagi,ucapkanlah..
senadainya awak anggap saya ini satu beban buat awak, luahkanlah...
Saya rela mengundurkan diri andai itu yang awak mahu...
Saya rela melupakan awak dari hidup saya andai itu yang awak mahu...
Saya berjanji yang saya tidak akan ganggu awak lagi sampai bila-bila andai itu yang awak mahu...
Awak,
Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya..
Terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga awak untuk mendegar celoteh saya..
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya selama ini..
Terima kasih..terima kasih...dan terima kasih sekali lagi...
p/s: post di atas hanyalah rekaan semata-mata..ni xde kene-mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...
3 comments:
follow here dear
haaa...sudah berbunga2..hint3!
nadia:...hahaha..smlm ak kusut betol tu yg boleh bantai ayat2 cmtu....kui3
dysha.pink: i will =)
Post a Comment