1)Apabila seorang wanita mengatakan yang dia sedang bersedih,
Tetapi dia tidak menitiskan air mata itu,bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...
2)Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakitinya,
Lebih baik kamu memberi masa untuk dia menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..
3)Wanita sukar untuk mencari benda yang dia benci pada orang yang dia sayang,
Sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu terputus di tengah jalan..
4)Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,
Lelaki itu akan sentiasa hadir di fikirannya walaupun ketika itu dia dengan lelaki lain...
5)Apabila lelaki yang dia suka dan cinta, serta lelaki itu merenungnya dengan tajam,
Hatinya akan menjadi cair seperti coklat!!..
6)Wanita memang sukakan pujian,tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian itu
7)Jika kamu tidak suka pada gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolaklah cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.
8)Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur perlahan-lahan.
9)Wanita suka meluahkan apa sahaja yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.
10)Jangan sesekali beritahu pada perempuan yang mereka tidak berguna.
11)Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12)Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13)Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi, jangan senyum sebarangan.
14)Jika kamu menyukai wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian, biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15)Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali mengajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu..
16)Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usaha kamu.
17)Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya, tanya dia sendiri!!
18)Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenpalah aku tak jumpa lelaki ni dari awal.
19)Kalau kamu masih tercari-cari yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20)Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah diri sendiri.
21)Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa, iaitu hatinya!!
22)Satu ucapan 'Hi' cukup menceriakan hatinya.
23)Teman baiknya sahaja yang mengetahui apa yang dilaluinya..
24)Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang cantik.
25)Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur, dan kebahagiaan tanpa berkompromi.
26)Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...
27)Senjata wanita adalah air mata!!!....
28)Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29)Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat, pandai-pandailah....
30)Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.....
2 comments:
setuju sangat2 :)
terima kasih....=)~muka malu~
Post a Comment